
PUCHONG: Kepimpinan adalah satu amanah besar yang tidak seharusnya dipandang ringan, sebaliknya memerlukan kekuatan iman dan pembinaan peribadi kukuh, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Ustaz Nushi Mahfodz.
Beliau menekankan bahawa tanggungjawab memimpin bukan sekadar tugas pentadbiran, tetapi merupakan satu amanah yang pernah ditolak oleh langit, bumi dan gunung-ganang kerana beratnya beban itu, tetapi manusia sanggup memikulnya.
“Namun, persoalan besar yang mesti kita hadapi ialah manusia yang bagaimana? Kerana insan, sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran, bukan makhluk yang lahir dengan kekuatan kepimpinan secara semula jadi.
“Sebaliknya, insan sering disifatkan dengan konotasi negatif dalam al-Quran. Antara sifat yang disandarkan secara langsung kepada insan dalam al-Quran adalah ‘zaluman jahula’; sangat zalim dan jahil, ‘dhaโifa’; lemah; dan โajula; tergesa-gesa.
“Selain itu, ‘qattura’; sangat bakhil, ‘kafur’; sangat tidak bersyukur, ‘haluโa’; berkeluh kesah, dan ‘jadalan’; banyak berdebat,” kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Nushi mencoret catatan tersebut di Facebook beliau yang merupakan petikan dari ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Puchong Kali Ke-11 di Dewan ASAP Steamboat, di sini, pada 1 Mei lalu.
Beliau yang juga berkata, ayat-ayat itu bukan menafikan potensi insan, tetapi menunjukkan bahawa secara tabiatnya manusia tidak akan mampu memikul amanah kepimpinan tanpa proses pembentukan kualiti peribadi dan jati diri seorang pemimpin.
“Maka, antara jawapan asas kepada nilai dan kualiti yang mengangkat nilai, potensi dan jati diri seorang insan adalah membina dan mengukuh iman serta menyemarak amal seperti dijelaskan dalam Al-Asr dan At-Tiin.
โ๐๐ฆ๐ด๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ถ๐ด๐ช๐ข ๐ช๐ต๐ถ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ถ๐จ๐ช๐ข๐ฏ, ๐ฌ๐ฆ๐ค๐ถ๐ข๐ญ๐ช ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ญ ๐ด๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ.โ (Surah Al-Asr ayat ke-2 hingga 3)
“Justeru, Islam tidak membina pemerintahan bermula dengan perebutan kuasa semata. Politik itu politik tidak berTuhan yang mengundang persepsi ‘politik itu kotor’,” katanya.
Di samping itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, Islam membina masyarakat dan negara dari bawah yang bermula dengan pembinaan individu Muslim yang beriman (takwin al-fard al-Muslim atau tarbiah).
“Diteruskan dengan amal jamaโi, disebarkan melalui taโlim dalam masyarakat (yakni dakwah), dan akhirnya membentuk suasana yang tidak lagi keliru, tetapi semakin mengenal Islam dan bersedia menerima serta melaksanakan pemerintahan Islam (siyasah).
“Inilah jalan ‘tamkin’ iaitu jalan yang mungkin panjang, tetapi sahih dan selamat, Insya-Allah,” jelasnya yang juga Timbalan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor.
Tambahnya, PAS sebagai ‘๐จ๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ช๐ฏ ๐ธ๐ข๐ช๐ต๐ช๐ฏ๐จ’ mesti menumpukan bukan sahaja dilihat pada gerak kerja politik semata, tetapi benar-benar serius membina dan membangunkan diri dan masyarakat dengan atas asas iman.
“Tarbiah adalah kunci kerana dari tarbiahlah lahir kekuatan, amal dan keberkesanan dakwah. Apabila masyarakat melihat kita bekerja dengan tertib, ikhlas dan ihsan, mereka akan mula percaya bahawa PAS.
“Bukan sekadar parti politik, tetapi wadah kepimpinan yang memperjuangkan dasar-dasar yang menjaga kebajikan rakyat seluruhnya, dunia dan akhirat,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/5/2025











