Imamkan solat jenazah bapa pegawai khasnya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini bersama ratusan jemaah menunaikan solat sunat jenazah buat Allahyarham Mat Nawi Mat Salleh, 72.

- Advertisement -

Solat jenazah ke atas allahyarham bapa kepada Pegawai Khas Tuan Ibrahim, Mohd Amirudin Mat Nawi itu yang dilaksanakan sejurus selesai solat Zohor di Masjid Mukim Binjai di sini.

Kelihatan hadir, ADUN Salor, Saizol Ismail dan Setiausaha Kerja PAS Negeri Kelantan, Mohd Yasin Yusoff dan mantan ADUN Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Allahyarham Mat Nawi dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Teras di sini selepas menghembuskan nafas terakhir malam tadi di kediamannya akibat komplikasi kardiovaskular.

“Dia meninggal kerana sakit jantung, darah tinggi dan strok, meninggal masa tidur jam empat pagi tadi, mungkin serangan jantung atau strok untuk kali kedua,” kata Mohd Amirudin. – HARAKAHDAILY 28/4/2025

- Advertisement -