Pakej Umrah Khas Penutupan Musim 1446H Andalusia dapat sambutan hebat

Dato’ Md Daud Che Ngah (kanan), menyantuni jemaah umrah Andalusia yang berangkat ke Tanah Suci,.
- Advertisement -

SEPANG: Seramai 283 jemaah umrah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), hari ini, berangkat ke Tanah Suci dalam penerbangan terakhir penutup umrah 1446 Hijrah (1446H).

Melalui Pakej Umrah Khas Penutupan Musim 1446H, jemaah diiringi oleh enam mutawwif yang akan membimbing dan menyantuni mereka yang berangkat dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH156 ke Jeddah dan kemudian memasuki terus Makkah.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Dato’ Md Daud Che Ngah berkata, Andalusia membuat promosi pakej itu pada 28 Mac lalu, iaitu tiga hari sebelum Aidilfitri dengan tawaran Harga pakej bermula RM5,490 seorang.

- Advertisement -

Namun, menurutnya Andalusia tidak menyangka ramai Jemaah yang ingin menunaikan umrah pada bulan Syawal.

“Dalam tempoh dua minggu selepas Tarikh promosi pakej ini, semua 566 tempat telah ditempah oleh jemaah,” katanya dalam sidang media selepas mengiringi jemaah umrah Andalusia yang berangkat ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Md Daud berkata, Andalusia bersyukur kerana dapat menghantar kira-kira 50,000 jemaah umrah bagi musim 1446H ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, tanpa gagal kerana memegang sepenuhnya amanah jemaah.

“Terima kasih kepada jemaah kerana sudi bersama dan mempercayai Andalusia dan sejak 23 tahun lalu, lebih 800,000 jemaah umrah dan haji diurus dengan sempurna dari segi pengurusan dan bimbingan,” katanya.

Pada musim 1446H, beliau berkata kerajaan Arab Saudi mengeluarkan peraturan yang semua Jemaah yang menggunakan Visa Umrah perlu memasuki negara itu sebelum atau pada 13 April dan mesti keluar dari Arab Saudi selewat-lewatnya 29 April yang bersamaan 1 Zulkaedah.

Bagaimanapun, katanya bagi Jemaah yang menggunakan Visa Pelancong, kerajaan Arab Saudi masih memberi kelonggaran untuk mereka memasuki negara itu bagi menunaikan umrah.

Menurutnya, ini menyebabkan Andalusia membuat keputusan membuka semula pakej umrah menggunakan Visa Pelancong kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah, tetapi tempat tidak mencukupi kerana faktor tiket yang terhad dengan pakej yang terakhir ini pada 13 April.

Katanya, keputusan ini dibuat bersama-sama Amal Malaysia Airlines kurang dari 30 hari dari tarikh penerbangan yang ditawarkan oleh Amal pada 19 dan 20 April.

“Pakej umrah khas ini adalah usaha sama dengan Amal Malaysia Airlines. Terima kasih kerana memberi Harga istimewa kepada masyarakat yang mampu mengikut harga ini yang asalnya berharga RM7,890 dan diturunkan kepada RM5,590.

“Andalusia harap akhir musim depan, Amal akan terus memberikan Kerjasama seperti ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/5/2025

- Advertisement -