Letupan paip gas cetus kebakaran besar di Putra Heights

Api menjulang tinggi akibat leupan paip has dekat Putra Height. - Gambar dari media sosial.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penduduk sekitar Putra Heights dekat Puchong, gempar apabila kebakaran besar berlaku selepas saluran paip gas bawah tanah yang terletak berdekatan laluan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) meletup, pagi ini.

- Advertisement -

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar mengesahkan kejadian itu yang berpunca dari kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor.

Balai Bomba Subang Jaya yang terletak kira-kira 13 kilometer dari tempat kejadian itu, menerima maklumat pertama letupan itu pada jam 8.10 pagi.

Anggota bomba dan penyelamat dari balai berkenaan dengan bantuan beberapa balai berdekatan termasuk Puchong dikejarkan ke lokasi untuk mengawal dan memadamkan kebakaran. – HARAKAHDAILY 1/4/2025

- Advertisement -