Tengku Mahkota Kelantan solat Aidilfitri bersama rakyat

Menteri Besar menyambut keberangkatan tiba Tengku Mahkota Kelantan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Muhammadi di sini.

- Advertisement -

Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud yang kemudian menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Selepas solat, Tengku Mahkota Kelantan bersalaman dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan baginda.

Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud bersama Datuk Ahmad Yakob

Turut hadir Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan mantan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. – HARAKAHDAILY 31/3/2025

- Advertisement -