Hanya melalui telahan ‘kalau’, PMX rugikan duit rakyat

- Advertisement -

HANYA dengan telahan ‘kalau runding, terus masuk poket’ dicampur dengan dogmatik keangkuhan politik, Perdana Menteri ke-10 (PMX) ternyata masih enggan mengakui kesilapan. Terutama dalam kes pembatalan projek tebatan banjir seluruh negara yang diumumkan Perdana Menteri Ke Sembilan (PM9) melalui kaedah rundingan yang dibenarkan atas justifikasi segera demi kepentingan rakyat.

Soal pentadbiran terutama kewangan adalah melalui pekeliling yang telah diamanahkan kepada penjawat awam untuk dilaksanakan. Melalui kaedah mana sekalipun selagi masih dalam ruang lingkup yang dibenarkan, tidak perlu timbul soal andaian yang bukan-bukan dan bersifat prejudis politik kepartian. Ini soal kepentingan rakyat, juga soal pentadbiran negara.

Justeru, jika PMX boleh membuat andaian, rakyat juga berhak mengandaikan jika tebatan banjir diteruskan 3 tahun yang lalui, anggaran kerugian harta benda dan prasarana mungkin akan dapat dikurangkan. Atau boleh juga diandaikan, jika bukan kerana keangkuhan dan dendam politik melampau PMX, tidaklah sampai 3 tahun beliau berhalusinasi dengan andaian yang tidak berjiwa pentadbiran dan selepas tersedar pun masih angkuh dengan sindiran kalau.

Pesan saya tengok-tengokkan jugalah rakan parti dalam Kerajaan Madani untuk membuat andaian, juga atas asas apa menuduh Kerajaan Negeri bukan dalam kabinet Madani dengan andaian kalau begini. Ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekor terpijak tahi. Angkuh dan sombong.

- Advertisement -

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
30 Syaaban 1446H / 1 Mac 2025M – HARAKAHDAILY 1/3/2025

- Advertisement -