Bekas Setiausaha Agung Gerakan sertai DHPP

Dr Shawn Loh Sheng Nian (kiri) meraikan Mak Kah Keong yang menyertai DHPP.
- Advertisement -

MELAKA: Bekas Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong kini mendukung perjuangan PAS dengan menyertai Dewan Himpunan Pendukung PAS Melaka.

Peguam berpengalaman dan pernah bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang, Negeri Sembilan pada 2018, Kah Keong akan membantu Ketua DHPP Melaka, Dr Shawn Loh Sheng Nian menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

- Advertisement -

Kah Keong yang membuat pengkhususan dalam dalam kes jenayah, juga dikenali sebagai pemimpin yang menjalankan tugas dengan baik ketika mengendalikan hal ehwal pentadbiran dan pelbagai isu parti sepanjang lima tahun sebagai Setiausaha Agung Gerakan.

Dr Shawn berkata, falsafah kempen Kah Keong sama seperti dirinya, iaitu mengatakan perkara yang baik, melakukan perkara yang baik dan mempunyai niat yang baik.

Beliau yang juga Naib Ketua DHPP Pusat berkata, PAS sentiasa menggalakkan pembaharuan dengan menyediakan pentas yang luas untuk generasi muda menyebabkan parti tidak menghadap kekurangan pemimpin muda yang berkaliber dan mampu diketengahkan..

“Keutamaan kita sekarang adalah untuk memperhebatkan pemantauan terhadap kerajaan sekarang untuk menyelesaikan isu-isu kehidupan yang telah lama berlarutan secepat mungkin, menjaga hak rakyat dan melindungi kepentingan rakyat masa depan yang menjanjikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/3/2025

- Advertisement -