Jemaah Andalusia tunai umrah ziarah ala Jejak Rasul

Jemaah kendalian Andalusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpr (KLIA).
- Advertisement -

SEPANG: Seramai 88 jemaah di bawah pengendalian Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) berangkat menunaikan umrah ziarah ala Jejak Rasul dengan mengunjungi Istanbul-Bursa di Turkiye.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, jemaah yang berangkat awal pagi ini akan berada di Turkiye selama empat hari tiga malam, iaitu di kota terkenal, Istanbul dan Bursa.

- Advertisement -

Menurutnya, keuntungan kumpulan jemaah yang menyertai umrah ziarah ini ialah boleh pergi ke Istanbul ketika cuaca masih sejuk, selain ada salji di Bursa.

“Jemaah yang belum pernah tengok salji, boleh merasai kesejukan musim sejuk di sana (berhampiran Bursa),” katanya ketika sidang media di Lapagan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Md Daud berkata, pakej kali ini ala Jejak Rasul kerana ketika di Istanbul dan Bursa, mereka akan ziarah banyak kawasan yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah.

Katanya, antara kesan-kesan Nabi Muhammad SAW ialah seperti rambut Baginda dan pedang-pedang sahabat Rasulullah yang akan memberikan impak yang sangat besar kepada jemaah yang melancong ala Jejak Rasul walaupun Baginda tidak sampai di situ, tetapi kesannya ada di sana.

Datuk Md Daud Che Ngah (dua dari kiri) ketika sesi taklimat bersama jemaah.

Selepas menyaksikan pemandangan Istanbul yang sangat cantik kerana berdepan Laut Mediterranean, beliau berkata, jemaah kemudian berangkat ke Tanah Suci dan berpeluang berpuasa di Madinah.

“Akhirnya kita dapat masuk Madinah, dan yang (hari) pertama puasa kita dapat berpuasa di Madinah,” katanya.

Semua jemaah yang berumur antara 10 hingga 80 tahun, menaiki pesawat Saudi Airline berlepas dari KLIA pada jam 2.15 pagi ini.

Menurut Md. Daud, pakej ‘fullboard’ iaitu termasuk makan, minum sepanjang berada di Turkiye, Madinah dan Makkah bermula dengan harga RM11,790 seorang untuk bilik berempat. – HARAKAHDAILY 24/2/2025

- Advertisement -