
KUALA LUMPUR: Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) berkata, apa strategi khusus kerajaan bagi membendung sindiket judi atas talian yang menyalah guna teknologi artificial intelligence (AI) seperti ‘deep fake’ bagi menyunting wajah dan suara tokoh-tokoh pemimpin sehingga memperdaya ramai mangsa judi dalam talian.
“Apa tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap mereka.
“Adakah kerajaan telah kenal pasti kaedah yang berkesan dalam mengawal selia modus operandi sindiket judi haram menggunakan khidmat pempengaruh media sosial untuk mempromosi kegiatan judi haram dalam talian kepada orang ramai,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam jawapannya berkata, sebahagian tindakan diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Kementerian Komunikasi khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik apa yang dipanggil sebagai exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan semua platform memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
“Dalam masa sama platform seperti Facebook memberi kerjasama dan telah mula untuk melaksanakan beberapa langkah termasuk memperkenal beberapa dengan peraturan yang boleh mengesahkan sama ada seseorang itu individu dimaksudkan atau tidak,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/2/2025











