
KUALA LUMPUR: Kerajaan PHBN dilihat tidak konsisten dalam menentukan tarif elektrik, yang dilihat membebankan rakyat serta pemain industri.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang), mempersoalkan tindakan kerajaan yang sering berubah-ubah mengenai kadar tarif tersebut dalam tempoh singkat.
Beliau membangkitkan isu itu ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berhubung kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan global.
Menurut Wan Ahmad Fayhsal, kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa tarif elektrik tidak akan dinaikkan, namun pengumuman terkini menunjukkan sebaliknya.
“Sebenarnya, apa yang akan berlaku? Tahun lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) maklumkan akan naik tarif elektrik. Tapi selepas itu Yang Berhormat Tambun pun kata tak naik. Dan semalam Yang Amat Berhormat kata naik.
“Kenapa flip-flop dalam keadaan perang dagang ini?” soalnya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 4/2/2025











