Ruang tambahan solat muslimat tingkat keselesaan

- Advertisement -

PARIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Dr Najihatussalehah Ahmad telah perasmian ruang tambahan solat muslimat di Surau Al-Sulaimaniah, Kampung Nasaruddin, di sini semalam.

- Advertisement -

Maklum beliau, projek penambahbaikan itu bertujuan memberikan keselesaan kepada para muslimat, khususnya menjelang Ramadan untuk menunaikan tarawih secara berjemaah.

“Seronok sangat, jika dulu terawih hanya dua saf Muslimat solat, kali ini 50 orang pun boleh,” katanya dalam ucapan perasmian dalam majlis kesyukuran tersebut.

Turut hadir ahli Parlimen Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib bersama isteri, serta beberapa pemimpin tempatan.

“Kehadiran mereka mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dalam masyarakat,” katanya.

Najihah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Pusat turut melahirkan rasa syukur atas kerjasama erat pelbagai pihak dalam menjayakan projek itu.

“Projek penambahbaikan itu merupakan inisiatif di bawah peruntukan khas kepada ADUN pembangkang yang diluluskan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bagi tahun 2024.

“Penambahbaikan ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kemudahan solat, tetapi memperkukuhkan peranan surau sebagai pusat ibadah dan ukhuwah masyarakat setempat,” katanya.

Majlis perasmian penuh meriah dan diikuti dengan kenduri kesyukuran yang diadakan secara gotong-royong oleh penduduk kampung.

Antara idangan istimewa gulai rebung daging, lauk tradisi utara turut menjadi tarikan utama majlis tersebut.

Justeru, beliau berharap agar projek itu dapat memberi manfaat yang besar kepada penduduk, khususnya para muslimat untuk terus memakmurkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan. – HARAKAHDAILY 10/1/2025

- Advertisement -