PSPT 2019-2023 berjaya, akan lancar PSPT 2024-2030

Bawa impak positif kepada pertanian Terengganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pelaksanaan Pelan Strategik Pertanian Terengganu (PSPT) 2019-2023 yang telah berakhir baru-baru ini menunjukkan impak positif terhadap pembangunan sektor pertanian di negeri ini. 

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelbagai program dan projek yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut.

Menurut beliau, pelaksanaan pelan itu telah berjaya meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri. 

“Pada tahun 2018, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK Negeri adalah sebanyak -2.5 peratus telah meningkat kepada 7.5 peratus pada 2023.

“Masih tak banyak yang boleh dibanggakan, tetapi kita telah berjaya menukar angka negatif menjadi positif.

“Meneruskan kejayaan itu biasa, mengubah kegagalan menjadi kejayaan itu luar biasa,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, sebagai kesinambungan kepada kejayaan tersebut, Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 akan dilancarkan pada minggu ketiga Februari 2025. 

“Insya-Allah Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 bakal dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu pada minggu ketiga Februari 2025.

“Tentu sekali kejayaan PSPT 2019-2023 sedang diteruskan lagi pada skala lebih besar dalam PSPT 2024-2030, dalam masa sama kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/1/2025

- Advertisement -