Salah guna ChatGPT rancang letupan

- Advertisement -

WASHINGTON: Seorang bekas tentera Amerika Syarikat didakwa menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif seperti ChatGPT untuk merancang insiden letupan yang berlaku di luar Hotel Trump di Las Vegas, Nevada.

- Advertisement -

Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Sherif Kevin McMahill berkata, anggota tentera berkenaan yang dikenali sebagai Matthew Livelsberger, 37, dari Colorado menggunakan chatbot AI generatif itu untuk mengumpul maklumat bagi rancangannya itu.

Penolongnya, Sherif Dori Koren berkata, suspek menggunakan ChatGPT untuk mengetahui jumlah bahan letupan yang diperlukan untuk operasi itu, lokasi pembelian serta menyelidik potensi letupan.

“Kami sudah menjangkakan bahawa AI akan mengubah situasi dalam kehidupan kita, cepat atau lambat.

“Saya rasa ini adalah insiden pertama di Amerika di mana ChatGPT digunakan untuk membantu seseorang membina peranti tertentu, serta mengakses maklumat di seluruh negara semasa mereka melaksanakan rancangan ini.

“Ia adalah detik yang membimbangkan tetapi juga memberi pengajaran untuk dikongsi bersama penguat kuasa undang-undang dan entiti lain di seluruh negara,” katanya dalam suatu sidang media, di sini pada Selasa.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan keputusan khusus yang diperoleh menggunakan ChatGPT berkaitan bahan letupan atau senjata api.

Pihak berkuasa juga menjumpai dokumen sebanyak enam muka surat yang digambarkan sebagai ‘manifesto’, semasa analisis forensik digital telefon Livelsberger.

“Dokumen itu mengandungi pelbagai rungutan dan evolusi rancangan atau niatnya. Terdapat rujukan kepada isu politik, sosial dan budaya, termasuk kritikan terhadap pentadbiran semasa.

“Maklumat baharu ini menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Saya tidak akan memberikan pendapat tentang apa yang dimaksudkan oleh dokumen itu.

“Kami juga tidak akan mendedahkan maklumat atau dokumen yang belum disahkan sepenuhnya oleh penyiasat bersama kami,” katanya.

Selain itu, pihak berkuasa tidak mendedahkan keputusan khusus yang diperoleh menggunakan ChatGPT berkaitan bahan letupan atau senjata api.

Namun, pihak berkuasa juga menjumpai dokumen enam muka surat yang digambarkan sebagai ‘manifesto’ semasa analisis forensik digital telefon Livelsberger.

“Dokumen itu mengandungi pelbagai rungutan dan evolusi rancangan atau niatnya. Terdapat rujukan kepada isu politik, sosial dan budaya, termasuk kritikan terhadap pentadbiran semasa,”

“Maklumat baharu ini menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan.

“Saya tidak akan memberikan pendapat tentang apa yang dimaksudkan oleh dokumen itu dan kami juga tidak akan mendedahkan maklumat atau dokumen yang belum disahkan sepenuhnya oleh penyiasat bersama kami,” katanya.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, Livelsberger yang sedang bercuti dari pangkalan di Jerman telah menembak dirinya sendiri sebelum insiden letupan itu mencederakan tujuh orang lain.

Oleh demikian, FBI dan ATF membantu penyiasat tempatan dalam meneliti insiden itu, manakala OpenAI, pembangun ChatGPT masih belum mengulas mengenai penggunaannya dalam merancang letupan itu. – ANADOLU / HARAKAHDAILY 8/1/2025

- Advertisement -