Berita dunia terkini (24 Dis 2024)

- Advertisement -

MENTERI PERTAHANAN negara haram Israel, Israel Katz mengesahkan bahawa rejim Zionis Israel bertanggungjawab terhadap pembunuhan as-Syahid Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada penghujung Julai, tahun ini. Beliau juga turut memberi amaran kepada Ansarullah di Yaman bahawa rejim Zionis Israel akan bertindak balas dengan memusnahkan infrastruktur strategik dan membunuh pimpinannya berikutan serangan peluru berpandu balistik ke atas negara haram Israel. [1]

Rundingan gencatan senjata di Semenanjung Gaza antara HAMAS dan rejim Zionis Israel di Mesir yang diusahakan Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat telah mencapai kemajuan memberangsangkan namun beberapa isu utama masih belum diselesaikan.[2]

Majlis Ketenteraan Manbij yang dikuasai kumpulan militan Syria Democratic Forces (SDF) mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mematahkan serangan daripada kumpulan penentang yang didukungi Turkiye berdekatan Empangan Tishrin, Manbij di wilayah Aleppo.[3]

HAMAS menggesa agar dilancarkan ‘pemberontakan’ besar-besaran untuk memecahkan kepungan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Kem Pelarian Jenin, Tebing Barat.[4]

rejim Zionis Israel menyatakan kepada pentadbiran baharu Syria bahawa tenteranya akan kekal di kawasan yang diisytiharkan sebagai ‘buffer zone’ di Bukit Golan yang berada dalam kawasan Syria buat masa ini.[5]

- Advertisement -

Kerajaan Jerman sedang melakukan siasatan kemungkinan berlakunya kelemahan dalam sistem keselamatan berikutan insiden rempuhan kereta ke atas pasar krismas di Magdeburg, Jerman yang dilakukan oleh Taleb A, pakar psikiatri yang berasal dari Arab Saudi yang anti Islam dan pro Zionis, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 5 orang terkorban dengan lebih kurang 200 orang lagi dilaporkan cedera. Insiden tersebut telah mengakibatkan kebangkitan mendadak protes anti Islam dan imigran di seluruh Jerman.[6]

Kerajaan Filipina mempertahankan tindakannya yang dikritik keras China dengan membenarkan penempatan sistem peluru berpandu jarak sederhana oleh Amerika Syarikat di samping sedang menimbang untuk memperolehinya untuk kegunaan tentera Filipina.[7]

Mengapa Donald Trump mengancam untuk mengambil alih Terusan Panama daripada Kerajaan Panama? Ahad lalu bakal Presiden Amerika Syarikat menyatakan bahawa pentadbirannnya nanti akan berusaha untuk mengambil alih Terusan Panama yang kemudian kenyataannya dikecam oleh Presiden Panama Jose Raul Mulino.[8]

Rejim Zionis Israel telah mengepung dan menyerang dua buah hospital di Semenanjung Gaza dan sedang mengosongkan hospital yang ketiga dengan memaksa pesakit dan orang awam yang berlindung keluar dari hospital tersebut.[9]

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

USTAZ DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 25/12/2024

Rujukan:

[1] https://english.almayadeen.net/news/politics/israeli-security-minister-admits-role-in-haniyeh-assassinati 

[2] https://english.almayadeen.net/news/politics/gaza-ceasefire-talks-progress–but-key-obstacles-persist–re 

[3] https://english.almayadeen.net/news/politics/manbij-forces-repel-turkish-backed-attack-near-syria-s-tishr 

[4] https://www.presstv.ir/Detail/2024/12/24/739626/Hamas-popular-uprising-PA-siege-Jenin 

[5] https://www.presstv.ir/Detail/2024/12/23/739576/Israel-refuses-to-withdraw-troops-from-occupied-Syrian-territories-for-now–Report 

[6] https://www.reuters.com/world/europe/germany-probing-possible-security-lapses-after-christmas-market-attack-2024-12-23/ 

[7] https://www.reuters.com/world/philippines-defends-us-missile-system-deployment-seeks-acquire-its-own-2024-12-24/ 

[8] https://www.aljazeera.com/news/2024/12/23/why-is-trump-threatening-to-take-over-the-panama-canal 

[9] https://www.aljazeera.com/news/liveblog/2024/12/24/live-dozens-killed-wounded-as-israel-attacks-gaza-hospital-aid-convoy 

- Advertisement -