Jualan Harakah di Liqa’ Fikri PAS memberangsangkan

Orang ramai mengunjungi reruai Harakah pada Liqa’ Fikri PAS Pusat Siri Ketiga 2024 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. (FOTO: HARAKAHDAILY/ZIAUDDIN SHARUDDIN)
- Advertisement -

BANGI: Jualan Harakah yang agak memberangsangkan kali ini bukan sahaja menjadi tanda aras kejayaan Harakah, malah ia mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap penerbitan berkualiti.

- Advertisement -

Ketua Jabatan Pemasaran Harakah, Shaheedul Thamim Shamsuddin berkata, penjualan Harakah turut mendapat sokongan daripada para peserta untuk mengedarkannya kepada setiap hadirin Liqa’ Fikri PAS hari ini.

“Sambutan agak memberangsangkan dan jualan akhbar pun telah habis banyak di booth ini. Selain itu, kita juga menjual produk sampingan iaitu stok buku yang masih ada di Harakah,” katanya ketika ditemui di reruai Harakah di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, di sini hari ini.

Beliau juga berharap agar penjualan Harakah di reruai Liqa’ Fikri PAS Pusat Siri Ketiga 2024 akan membuatkan lebih ramai masyarakat terus sedar dengan mengetahui akan kewujudan dan mengenali berkenaan akhbar ini.

“Insya-Allah, kami akan terus meningkatkan usaha untuk menyediakan tawaran yang lebih baik di booth pada masa akan datang dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sangat hargai kepada semua yang hadir serta memberi sokongan padu kepada Harakah,” katanya.

Tambah beliau, Harakah kini fokus kepada jualan produk HD Premium, Harakah Cetak Depan Rumah dan Harakah Cetak, dan kini keluaran Harakah hanya seminggu sekali dan boleh didapati dengan mudah melalui digital mahupun fizikal.

Orang ramai boleh melayari pautan Harakahdaily di https://play.google.com/store/apps/details?id=net.harakahdaily.apps untuk memuat turun aplikasi ini.

Untuk dapatkan akhbar Harakah atau sebarang pertanyaan, sila hubungi atau WhatsApp Pemasaran di talian 010-309 3750, dan e-mel di [email protected].

Selain itu, orang ramai turut dialu-alukan untuk menyumbang apa jua artikel tidak kira apa jua topik melalui e-mel di [email protected]. – HARAKAHDAILY 14/12/2024

- Advertisement -