
ABU UBAIDAH, jurucakap HAMAS menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat bangkit dan meningkatkan serangan ke atas Zionis Israel. [1]
Ayatullah Ali Khamanei, pemimpin tertinggi Iran mendedahkan bahawa Amerika Syarikat dan Israel serta sebuah negara jiran Syria di sebalik kejatuhan mengejut kerajaan Basyar al-Assad dan memberi komitmen bahawa Iran akan terus mendukung mehwar al-Muqawamah bagi menentang Zionis Israel. [2]
Kerajaan sementara Syria membekukan perlembagaan Syria dan akan membuka ruang udara Syria bagi memboleh pesawat komersial membawa rakyat Syria yang berlindung di serata dunia akibat perang pulang ke tanah air mereka. [3]
Rombongan Turkiye yang terdiri dari Menteri Luar, Hakan Fidan dan Ketua Perisikan, Ibrahim Kalan mengadakan lawatan ke Syria serta mengadakan pertemuan dengan pimpinan kerajaan sementara Syria. Lawatan ini menunjukkan peranan utama yang dimainkan oleh Turkiye di sepanjang konflik di Syria dan menjadi pihak yang paling beruntung akibat kejatuhan rejim Basyar al-Assad. [4]
Abdul Malik al-Houthi, pemimpin utama Ansarullah, menegaskan bahawa Yaman bersedia untuk menghadapi Amerika Syarikat dan Israel serta mana-mana pihak yang bersama dengan mereka. Beliau juga menyatakan bahawa maksud Timur Tengah Baharu yang dinyatakan oleh Netanyahu adalah Israel dan Amerika Syarikat bebas untuk melakukan pencerobohan ke atas mana-mana negara di Timur Tengah.
Berkait dengan perkembangan di Syria, beliau menegaskan bahawa Yaman bersama-sama dengan rakyat Syria dalam menghadapi ancaman Israel. [5]
Kebanyakan media barat membawa naratif kezaliman rejim Basyar al-Assad tanpa menyentuh pencerobohan serta serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap Syria. [6][7][8]
Zionis Israel mendedahkan serangan udara paling besar dalam sejarahnya ke atas aset-aset strategik tentera Syria. Lebih 500 serangan dilancarkan di serata tempat dan lokasi di Syria seperti pangkalan tentera laut di Lazakiyah, pusat sains dan pangkalan tentera udara di pinggir Damsyik dan lain-lain tempat lagi. [9]
Bloomberg melaporkan bahawa Rusia akan membuat perjanjian dengan kerajaan sementara Syria bagi mengekalkan pangkalan tenteranya di Syria khususnya pengkalan tentera laut di Tortus yang merupakan satu-satunya pangkalan tentera laut Rusia yang berada di luar Rusia. [10]
Zionis Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Dalam serangan terbaru di Nusairat telah membunuh tidak kurang 25 orang warga Gaza yang kebanyakannya terdiri dari kalangan kanak-kanak dan wanita. [11]
Perkembangan drastik serta dramatik yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini menunjukkan bahawa sudut paling penting di Dunia Islam ini sedang menuju kepada satu perubahan besar yang memerlukan kepada umat Islam untuk bersatu padu bagi menggagalkan perancangan musuh-musuh Islam.
USTAZ DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar Negara dan Antarabangsa PAS Pusat – HARAKAHDAILY 13/12/2024
Rujukan:
[1] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/12/أبو-عبيدة-ندعو-مقاومينا-بالضفة-لتكثيف
[2] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/12/أبو-عبيدة-ندعو-مقاومينا-بالضفة-لتكثيف
[3] https://www.aljazeera.net/news/liveblog/2024/12/12/سوريا-ما-بعد-الأسد-مباشر-وعود-بإعادة
[4] https://www.raialyoum.com/الإعلام-السورية-وفد-تركي-قطري-يزور-دمش/
[5] https://www.raialyoum.com/السيد-الحوثي-حاضرون-لنقاتل-الولايات-ا/
[6] https://www.bbc.com/news/videos/c2exwm28p3lo
[7] https://edition.cnn.com/2024/12/11/world/video/syrian-prisoner-freed-clarissa-ward-digvid
[8] https://www.theguardian.com/world/2024/dec/12/joy-gives-way-to-grief-as-syria-buries-its-dead
[10] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/12/عاجل-بلومبرغ-عن-مصادر-محادثات-بين
[11] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/12/أكثر-من-20-شهيدا-في-مجزرة-جديدة











