Prasarana Maktab Mahmud Langkawi dipertingkatkan

- Advertisement -

LANGKAWI: Beberapa pasarana akan dibina dan dinaik taraf  di Maktab Mahmud Langkawi, untuk keselesaan guru-guru dan para pelajar di sekolah berkenaan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Agama, Dato’ Ustaz Mohd Azam Abdul Samat berkata, fokus utama adalah untuk membina makmal dan tandas tambahan menggantikan sedia ada di bangunan lama.

“Sekarang ini makmal dan tandas berada di bangunan di tanah masjid sejak Maktab Mahmud ini dibina dahulu. Pada masa yang sama, pihak masjid  juga merancang pembangunan yang lebih baik di tanah tersebut demi keselesaan jemaah,” katanya.

Perkara itu katanya, dibincangkan pada mesyuarat yang diadakan di sekolah tersebut, kelmarin.

Dato’ Azam yang juga Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud (LMM) seluruh Kedah, menegaskan perkara telah dipersetujui itu perlu diambil tindakan segera agar pelaksanaannya dapat dilakukan secepat mungkin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Dato’ Syeikh Zakaria Othman dan Setiausaha LMM, Jusrianuar Jamarudin serta Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Lokman Ishak.

Termasuk Pengetua Maktab Mahmud Langkawi, Sopiah Shaari dan wakil Masjid Jamek Al-Qodim.

“Semoga dengan izin Allah, segala perancangan ini berjalan lancar dan menjadi amal jariah yang bermanfaat kepada semua,” katanya lagi.

Justeru, Dato’ Azam berharap agar semua yang dirancang menjadi kenyataan demi agama, masyarakat, dan kelangsungan generasi akan datang. – HARAKAHDAILY 10/12/2024

- Advertisement -