Air dari LRA Bukit Remah dijangka disalur esok

Dato’ Dr Izani Husin
- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekalan air bersih dari Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, Tanah Merah dijangka dapat disalurkan semula kepada semua kawasan terjejas bermula esok, 9 Disember.

- Advertisement -

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato’ Dr Izani Husin berkata ia bergantung ‘test run’ yang dijalankan hari ini.

Beliau berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diarahkan melakukan kerja baik pulih dengan segera bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan semua ke kawasan terjejas.

“Pasukan AKSB memulakan kerja baik ulih pada 3 Disember lalu, hari ini ujian akan dijalankan bagi memastikan pengagihan air beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang kerosakan.

“Sekiranya ujian ini berjalan lancar, bekalan air bersih dijangka dapat disalurkan kembali kepada semua kawasan terjejas pada 9 Disember,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan rasmi ke LRA Bukit Remah bagi melihat sendiri keadaan semasa selain perkembangan kerja-kerja baik pulih dilakukan AKSB.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu turut menzahirkan penghargaan kepada agensi terbabit termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atas sokongan diberikan.

Sebelum ini AKSB memaklumkan kerja pembaikian paip air mentah di LRA itu dimulakan pada 3 Disember lalu dan operasinya dihentikan menjejaskan seramai 13,766 akauan pengguna.

Dalam pada itu sebanyak 12 buah lori tangki AKSB bersama 11 buah lori air kontrak dan lapan operasi air dari negeri lain menghantar 15 lori tangki membantu mengagihkan bekalan air.

Selain itu sebanyak 26 tangki statik turut ditempatkan di lokasi-lokasi startegik sekitar jajahan Tanah Merah bagi membekalkan bekalan air terawat kepada penduduk yang terjejas. – HARAKAHDAILY 8/12/2024

- Advertisement -