Pelbagai program berkebajikan bantu mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pelbagai program berkebajikan telah diadakan bagi membantu mangsa banjir, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, bermula dari episod banjir yang melanda di negeri Terengganu minggu lepas.

“Pelbagai program berkebajikan telah diadakan bagi membantu mangsa-mangsa banjir,” ujarnya.

Katanya, bukan sekadar peranan yang dimainkan di peringkat kerajaan.

“Namun, NGO termasuk ahli perniagaan dan para dermawan turut sama memainkan peranan dalam meringankan beban saudara kita yang diuji,” ujarnya lagi.

Kini, katanya kerja-kerja pasca banjir telah selesai.

Sebenarnya, kata beliau kerja-kerja ketika pasca banjir ini seperti membersih rumah lagi meletihkan dan menguji keletihan mental serta fizikal.

Menurutnya, hari ini Khidmat Malaysia Kuala Terengganu dengan gabungan NGO termasuk LASAK telah sama-sama bergotong royong menyediakan pek makanan nasi putih lauk gulai daging yang diberi khusus kepada mangsa-mangsa banjir di Taman Desa Tanjung Damai.

“Kita memahami bahawa tuan rumah masih lagi tidak dapat memasak kerana sibuk membersih rumah di samping tiada keperluan bekalanan makanan yang cukup.

“Semoga segala kerja buat ini akan memberi kesenangan dan kemudahan buat mereka,” ujarnya yang juga ADUN Wakaf Mempelam. – HARAKAHDAILY 7/12/2024

- Advertisement -