Pembersihan pasca banjir: Kontraktor bantu operasi

- Advertisement -

PASIR MAS: Syarikat Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd (PTT), telah memulakan operasi pembersihan pasca banjir di kawasan Pasir Mas sejak malam tadi.

- Advertisement -

Syarikat ini adalah kontraktor yang bertanggungjawab dalam projek pembinaan Jambatan Palekbang-Penambang

Jurucakap PTT, Datuk Muhammad Ali Sinna Yusof memaklumkan, pihak syarikat bekerjasama rapat dengan Pejabat Daerah dan Tanah Pasir Mas bagi membantu penduduk terjejas.

“Seramai 15 orang turun membantu mengangkut sampah dan barangan rosak akibat banjir ke tapak pelupusan sampah,” katanya.

Operasi dimulakan di sekitar Hospital Pasir Mas sebelum diteruskan ke Kampung Repek, lokasi di mana sampah domestik dan barangan buangan penduduk terjejas dilaporkan menggunung akibat banjir baru-baru ini.

Pengurus Projek PTT, Mohd Khamizi Abdillah turut turun padang bagi menyelaras usaha ini agar operasi berjalan lancar.

Menurut Ali Sinna, pihak syarikat tidak hanya fokus pada pembinaan jambatan, tetapi juga memainkan peranan aktif dalam membantu masyarakat sekitar ketika menghadapi musibah.

“Kami akan terus berusaha memberikan bantuan kepada komuniti di kawasan projek kami dan memastikan kawasan terjejas kembali bersih,” katanya.

Banjir yang melanda beberapa kawasan di Kelantan baru-baru ini telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda.

Hari ini kerja-kerja pembersihan di kawasan SK Rantau Panjang telah diadakan. – HARAKAHDAILY 6/12/2024

- Advertisement -