Siti Zailah sedia telaga tiub bantu rakyat

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Keperluan air bersih menjadi hambatan utama bagi mangsa-mangsa banjir memandangkan bekalan air sedia ada mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

- Advertisement -

Penduduk kampung yang menggunakan sumber air dari perigi juga berdepan masalah kerana ada telaga dimasuki banjir bercampur selut.

Bagi mengatasi masalah tersebut Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menawarkan air dari telaga tiub di rumahnya untuk kegunaan orang ramai.

Katanya, air dari telaga tiub boleh dimanfaatkan jiran-jiran berdekatan yang memerlukan.

“Jiran-jiran yang memerlukan boleh datang mengambil air secara percuma. Diharap jangan ada antara kita yang bersikap mementingkan diri untuk mendapatkan air yang banyak.

“Sedangkan ada jiran lain menunggu sehingga tiga jam untuk mendapat bekalan air. Kak Lah wakafkan air telaga untuk jiran yang memerlukan. Berlaku ihsanlah kepada saudara dan jiran kita,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Menurutnya juga bekalan air dari loji banyak yang terganggu akibat paip utama pecah dan rosak kerana banjir.

Kata beliau kerosakan itu sudah tentu proses pemulihan mengambil masa untuk dipulihkan.

“Bagi saudara kita yang ada telaga atau sumber air bantulah jiran-jiran yang memerlukan. Bantu mangsa banjir ambil air perigi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/12/2024

- Advertisement -