Program tahfiz penjara tunjuk hasil sangat baik

Senator Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Hussin Ismail meminta penjelasan sama ada peruntukan RM150 juta dalam Belanjawan 2025 yang disalurkan kepada JAKIM dapat digunakan untuk memperkukuh prasarana program tahfiz di penjara. 

- Advertisement -

Beliau menyatakan kejayaan program tahfiz yang dilaksanakan di empat penjara, yang menyaksikan sebahagian banduan Muslim berjaya menjadi hafiz dan imam selepas tamat program tersebut. 

“Daripada 89,000 banduan yang ada sekarang, majoritinya Muslim. Program tahfiz ini telah menunjukkan hasil yang sangat baik.

“Saya ingin tahu sama ada ada ruang dalam peruntukan JAKIM untuk membantu penjara menyediakan prasarana atau adakah KDN mempunyai peruntukan lain,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam jawapannya memberitahu, program pendidikan tahfiz di penjara bertujuan memulihkan banduan melalui terapi al-Quran dengan melahirkan individu yang mampu berdikari dan menyumbang kepada komuniti.

Setakat ini menurutnya, kerjasama dengan JAKIM dan Majlis Agama Islam negeri-negeri telah berjaya membebaskan 70 tahfiz, menunjukkan perubahan positif dalam tingkah laku banduan.

Hussin dalam soalan asal meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan tahap kesediaan Kementerian untuk memperbanyakkan program Tahfiz Al-Quran sebagai salah satu modul pemulihan warga banduan di dalam penjara. – HARAKAHDAILY 3/12/2024

- Advertisement -