‘Apa syarat masuk perkataan dalam Kamus Dewan?

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menerima perkataan baharu untuk dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. 

- Advertisement -

Ketika membahaskan butiran berkaitan DBP di Dewan Rakyat, Abdul Latiff meminta penjelasan mengenai proses penerimaan istilah baharu yang disebut Menteri Pendidikan dalam penggulungan dasar, termasuk perkataan seperti ‘ketimbang’, dan ‘tiwikrama’, yang ada antaranya berasal daripada bahasa Arab atau Jawa. 

“Apakah syarat sesuatu perkataan itu boleh diterima dan dimasukkan ke dalam Kamus Dewan? Adakah kena guna dahulu baru masuk, atau mesti ada dalam Kamus Dewan dahulu sebelum ia dianggap betul?” soalnya. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Latiff menegaskan, soalan itu bukan kerana tidak terbuka kepada perkataan baharu, tetapi untuk mendapatkan kepastian mengenai proses rasmi DBP dalam isu tersebut. 

Beliau juga membangkitkan keperluan memastikan penggunaan rasmi perkataan baharu selaras dengan panduan DBP agar tidak menimbulkan kekeliruan.

“Telur dulu atau ayam dulu?” katanya merujuk kepada dilema proses penerimaan istilah baharu dalam bahasa rasmi. – HARAKAHDAILY 3/12/2024

- Advertisement -