
KUALA LUMPUR: Dr. Halimah Ali (PN-Kapar), menggesa kerajaan untuk memperincikan pembaharuan dalam program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dicadangkan dalam Belanjawan 2025.
Beliau menyuarakan kebimbangan mengenai kesan keberkesanan program tersebut, khususnya berhubung dengan pulangan pelaburan (ROI) bagi wang yang diperuntukkan sebanyak RM88.63 juta.
“Apakah sebenarnya bentuk pembaharuan dari segi modul-modul yang akan diperkenalkan termasuk yang akan menjaga keselamatan kesihatan dan juga supaya orang lain ditenteram tenang tidak apa berimaginasi lagi-lagi ibu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.
Halimah turut menekankan pentingnya elemen latihan ketenteraan dan modul pembinaan negara yang lebih baik berbanding dengan program PLKN sebelum ini.
“Jadi kami mahu diyakinkan oleh kerajaan adakah PLKN ni ada ROI yang worth it,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/12/2024











