Pengerusi ASEAN: Suntik RM172 juta, apa manfaat kerajaan dapat?

Datuk Awang Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemilihan Malaysia sebagai pengerusi negara serantau, ASEAN yang terdiri daripada 10 anggota pada 2025 perlu dibuat dengan sebaik mungkin.

- Advertisement -

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, kerajaan menyuntik dana khas sebanyak RM172 juta bagi kepengerusian ASEAN 2025 dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Beliau berkata, ia merupakan satu lonjakan yang sangat besar dalam belanjawan yang dibentangkan awal bulan ini, namun jumlah itu perlu dijustifikasi bagi manfaat yang bakal diperolehi kelak.

“Soalnya apakah manfaat serta faedah yang kerajaan dapat daripada kepengerusian ASEAN 2025 yang boleh dianggap sebagai catalizer yang meletakkan ASEAN sebagai kuasa ekonomi kelima terbesar dunia.

“Ia melonjakkan trajektori perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara ASEAN ke arah memastikan pertumbuhan mampan dan inklusif di sebalik landskap ekonomi global yang dinamik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai sesi perbahasan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut mempersoalkan keputusan kementerian itu menggariskan strategi utama mampu memberi pulangan semula bukan sahaja kepada negara, malah negara anggota yang lain.

Beliau berkata sebelum kementerian menggariskan strategi termasuk peralihan tenaga hijau dan perdagangan karbon, pelaburan berkaitan kecerdasan buatan, industri halal dan sebagainya.

Menurutnya, kerajaan juga ditanya mengenai perancangan untuk membangunkan hab halal komuniti perniagaan ASEAN bertujuan mengabungkan usahawan halal yang terdapat di rantau Asia Tenggara. – HARAKAHDAILY 20/11/2024

- Advertisement -