Tangani segera bayi dipisah dengan ibu lebih sebulan

Dr Zulkeflee Yaacob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dakwaan seorang ibu yang dipisahkan dengan bayinya dalam tempoh begitu lama selepas ditahan reman kerana dikaitkan dengan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) perlu ditangani segera pihak berkaitan.

- Advertisement -

Seorang pensyarah Dr Zulkeflee Yaacob berkata, siasatan pihak berkuasa dianggap sebagai tergesa-gesa terhadap Nur Izzati, ibu kepada Nur Emirah yang dipisahkan daripada bayi sejak lebih sebulan.

Katanya wanita terbabit dimaklum telah mengemukakan dokumen mengenai kanak-kanak yang diselamatkan berdasarkan prosedur pemakluman atau pemberitahuan selari dengan Seksyen 18(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Menteri Kebajikan perlu bertindak segera memperbaiki keadaan dengan menyatukan Nur Izzati dengan bayinya Nur Emirah.

“Apa jua kes babitkan keselamatan awam perlu ditangani secara undang-undang dan pihak berkuasa perlu menggunakan pertimbangan SOP di samping faktor kemanusian selaras prinsip keluhuran perlembagaan dan kesusilaan serta hak asasi manusia global,” katanya di situ.

Baru-baru ini Nur Izzati pada sidang media bersama peguam Parti Rakyat Malaysia (PRM) memberitahu dia dipisahkan dengan bayinya setelah ditahan reman polis atas dakwaan pusat asuhan tempatnya bekerja tiada lesen.

Bagaimanapun PRM menafikan pusat asuhan tersebut tiada lesen kerana tempohnya akan tamat pada 2027. Malah wanita bukan pengasuh sebaliknya bertugas sebagai tukang masak.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata bahawa GISB terbabit dalam aktiviti jenayah serius seperti pemerdagangan orang.

GISBH dan Global Ikhwan Services and Business Holdings  dipengerusikan Datuk Nasiruddin Mohd Ali.

Syarikat Bumiputera Islam itu diasaskan pada tahun 2000 oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad, iaitu bekas pemimpin Al-Arqam.

Dr Zulkeflee juga berkata,  jemaah yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) termasuk ibu yang masih menyusukan bayi telah dipisahkan dengan anaknya. – HARAKAHDAILY 1/11/2024

- Advertisement -