‘Apakah perancangan sebar luas maklumat insentif SPUMI’

Dato' Abdul Khalib Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) hari ini mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat mengenai peruntukan RM130 juta dalam Belanjawan 2025 yang disediakan untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan bagi memperkasakan sosioekonomi dan komuniti India.

- Advertisement -

“Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk menyebarluaskan maklumat mengenai bantuan dan insentif seperti Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada usahawan dan komuniti India termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Beliau juga menyoal berkaitan status koperasi tidak aktif dan perkembangan Kertas biru Malaysian-Indian.

 “Adakah pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mengkaji cadangan untuk membantu koperasi yang tidak aktif atau berstatus dormant supaya usaha sama dapat digembleng bagi menyediakan lebih banyak dana pembiayaan kepada usahawan kaum India.

“Apakah status pencapaian pelaksanaan Malaysian-Indian Blueprint yang dilancarkan pada tahun 2017 yang lalu,” soalnya.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri KUSKOP, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan berkata, pelbagai usaha dijalankan bagi membantu kaum tersebut.

“Kita telah melaksanakan banyak inisiatif bagi komuniti India antaranya program oleh Amanah Ikhtiar yang tidak termasuk dalam bajet, program TEKUN tambahan RM30 juta juga tiada dalam bajet.

“Jadi jika kita lihat memang ada banyak lagi inisiatif seperti ini akan diusahakan untuk dijayakan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 23/10/2024

- Advertisement -