Bendung kebocoran data maklumat pemegang akaun

Dr. Abd Ghani Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Langkah-langkah perlu diambil oleh kerajaan untuk mengatasi atau membendung kebocoran data maklumat yang melibatkan pemegang akaun.

Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) berkata, perkara itu perlu diberi perhatian, selain penerangan daripada kerajaan mengenai usaha yang telah dibuat berkaitan pindaan undang-undang Kanun Keseksaan.

“Apakah langkah khusus untuk nak mencegah ataupun nak membendung modus operandi yang dilakukan oleh pihak scammer ini?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman berkata beliau tidak boleh menjawab soalan itu kerana bukan dalam bidang kuasanya, namun akan dijawab secara bertulis.

“Tapi sebenarnya pencegahan bermula dengan diri kita. Kita pun kena berhati-hati. Terutama sekali dalam isu love scam.

“Kalau kita bercinta ingatkan orang itu wujud sebenarnya orang itu AI (kecerdasan buatan). Sebagai contohlah.

“Jadi saya nak nasihat pada semua kita jangan terlampau percaya sangat dalam sistem sedemikian.

“Tapi saya cuba bagi jawapan bertulislah kalau boleh dibantu oleh Menteri Kewangan Kedua dan pakar-pakar Bank Negara,” jawabnya.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong. – HARAKAHDAILY 14/10/2024

- Advertisement -