Majlis Hubbun Nabi SAW dimula di Kota Darulnaim

- Advertisement -

BACHOK: Kerajaan negeri menganjur Majlis Hubbun Nabi Muhammad SAW di setiap jajahan di Kelantan sebagai usaha menyemai semangat cintakan Baginda SAW.

- Advertisement -

Pada program yang diadakan peringkat jajahan Bachok malam tadi dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan.

Program itu diselit bacaan seribu Surah Yasin diketuai bekas Mudir Pusat Pengajian Pondok Moden Kandis, Syeikh Wazir Che Awang.

Program terbabit bermula dengan solat Maghrib berjemaah di mana orang ramai turut berpeluang menyertai bacaan qasidah, berzanji dan selawat.

Ia dirasmikan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok, Shamsul Abu Bakar turut dihadiri pendakwah terkenal Ustaz Mokhtar Yaacob dan berlangsung di tapak Pasar Malam Pantai Irama, di sini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin dan ADUN Tawang, Harun Ismail serta ADUN Jelawat, Zameri Mat Nawang.

Program terbabit diadakan sempena bulan Rabiulawwal sebagai memperingati kelahiran baginda SAW.

Perasmian peringkat negeri disempurnakan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud di Dewan Teratai Kota Darulnaim pada bulan lepas.

Majlis Hubbun Nabi Muhammad SAW dimulakan di Kota Darulnaim sebelum diperluaskan ke setiap jajahan di Kelantan. – HARAKAHDAILY 11/10/2024

- Advertisement -