Mayat mangsa lemas dua beranak ditemui

- Advertisement -

PADANG TERAP: Mangsa lemas dua beranak yang hanyut dibawa arus deras berikutan kejadian banjir di Kampung Tanjung Kanan pagi semalam akhirnya ditemui petang semalam dan hari ini.

- Advertisement -

Mayat Salmah Mat Zin (ibu), 46, ditemui pada jam 7:45 pagi tadi, manakala anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, yang juga orang kurang upaya (OKU) dijumpai kira-kira jam 5:35 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mayat Rosman ditemui tersangkut di bawah timbunan pelepah sawit dan tunggul kayu, manakala ibunya ditemui kira-kira 50 meter dari penemuan mayat anaknya.

Mayat mangsa maklum beliau dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, dua beranak itu dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, pagi semalam.

Rosman dan ibunya, dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum mereka dihanyutkan air deras.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR ) itu membabitkan seramai 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan Jitra.

Termasuk 25 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap dan penduduk kampung. – HARAKAHDAILY 29/9/2024

- Advertisement -