Kerjasama semua pihak perlu ringan beban mangsa

Banjir di Padang Serai, Kedah

- Advertisement -

PADANG SERAI: ADUN Merbau Pulas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali telah melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Surau Kampung Tok Betok, di sini semalam.

- Advertisement -

PPS tersebut menempatkan 15 mangsa dari tiga keluarga berikutan kediaman mereka dimasuki air akibat hujan lebat yang melanda sejak awal pagi, kelmarin

Ashah mengharap semua mangsa banjir berkenaan, bersabar serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu ujarnya, kerjasama dari semua pihak sama ada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain amat diperlukan untuk sama-sama membantu mangsa yang terkesan.

“Kerjasama kita semua sangat penting dalam saat-saat seperti ini termasuklah bantuan yang dapat meringankan beban mangsa banjir.

“Pusat pemindahan ini akan terus dipantau untuk memastikan keperluan penduduk yang terlibat dapat dipenuhi,” kata beliau.

Beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan masing-masing.

Pada lawatan itu beliau turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada mangsa berkenaan. – HARAKAHDAILY 18/9/2024

- Advertisement -