Polis kesan kereta lawan arus di Jalan Langkasuka, Larkin

Tangkap layar kereta lawan arus di Jalan Langkasuka, Larkin, Johor yang tular di aplikasi X. (FOTO: X/@update11111)
- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Polis telah berjaya mengesan rakaman video yang telah tular di platform media sosial, X yang memaparkan kejadian melibatkan sebuah motokar dipandu melawan arus di Jalan Langkasuka, Larkin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Raub Selamat, berkata, video rakaman tular itu di pautan https://x.com/update11111/status/1828808777971441912 berlaku pada 24 Ogos lalu jam 11.46 malam tadi.

- Advertisement -

“Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku melibatkan sebuah motokar jenis Proton Saga warna kelabu telah memasuki lorong bertentangan.

“Pada 30 Ogos 2024, jam lebih kurang 4.20 pagi, pihak polis telah berjaya mengesan pemandu motokar tersebut yang merupakan warganegara tempatan berusia lingkungan 50-an. 

“Pemandu kenderaan tersebut mengaku memandu kenderaan pada hari kejadian dengan cara memotong di garisan berkembar,” ujar Raub menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

“Tindakan saman terhadap pemandu terbabit telah dikeluarkan atas kesalahan tidak patuh arah trafik (079(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987) pada jam 7.19 pagi, tadi,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/8/2024

- Advertisement -