Penduduk kampung terharu kunjungan Muslimat PAS

- Advertisement -

GUA MUSANG: Penduduk kampung-kampung tradisional di DUN Nenggiri didapati masih mengekalkan sokongan terhadap PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) seperti berlaku pada pilihan raya lepas.

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato’ Siti Ashah Ghazali berkata, situasi itu dapat dilihat ketika gerak kerja kempen muslimat PAS di Kampung Bertam Baru dan kampung-kampung lain.

Katanya, penduduk memberi kerjasama positif ketika kempen dari rumah ke rumah dan memuji pendekatan PN mencalonkan anak muda tempatan.

“Kempen dari rumah ke rumah yang turut disertai calon PN Mohd Rizwadi Ismail mendapat sambutan sangat baik di Kampung Bertam Baru kerana mereka sudah lama mengenalinya.

“Paling mengharukan penduduk di DUN Nenggiri merakam ucapan terima kasih kerana datang ke rumah mereka.

“Berdasar isyarat itu kemenangan dilihat semakin hampir,” katanya ketika kempen dari rumah ke rumah petang di Bertam Baru, semalam.

Siti Ashah yang juga anggota Exco Kerajaan Kedah berkata, pasukan kempen Dewan Muslimat PAS memulakan gerak kerja sejak pagi lagi.

Menurutnya juga peluang berkunjung ke rumah pendudu dalam berkongsi dengan mereka mengenai isu-isu tempatan dan nasional. – HARAKAHDAILY 4/8/2024

- Advertisement -