PH jangan jadi pengecut lihat kelebihan lawan

Mohamad Kamal Mohamed
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamad berkata, kerajaan PH diingat tidak menjadi sebuah kerajaan ‘pengecut’ apabila melihat kelebihan lawan.

- Advertisement -

Tambahnya, sewajarnya PH mencipta kekuatan sendiri dengan cara sihat dan bukannya menyekat kemaraan pihak lawan.

Menurutnya, sebagaimana juga orang jahat, mereka akan takut dengan hujah dan kebaikan.

“Zaman langit terbuka dan kecanggihan teknologi telah digunakan sebaik mgkin oleh anak muda dan pimpinan untuk mempamerkan kebaikan dan usaha yang dilakukan oleh PAS di semua lapangan.

“Masing-masing mengambil peluang yang sama untuk tujuan itu, jadi tiada sebab tindakan sedemikian (padam) dibuat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan 14 video TikTok milik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, telah dipadam di bawah platform yang dipantau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu.

Turut dipadam video warga emas berbangsa Cina di negeri itu selepas video perkongsian berkenaan perpaduan kaum dikongsi di TikTok menteri besar.

“Ketakutan kerajaan hari ini juga makin bertambah apabila PN diberi kepercayaan oleh rakyat di Sungai Bakap,” ujarnya.

Kamal mengingatkan kerajaan agar tidak berterusan bertindak demikian jika tidak mahu dilihat rakyat Madani sebuah kerajaan yang lemah dan bertindak sesuka hati pada seteru politik. – HARAKAHDAILY 20/7/2024

- Advertisement -