
KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) sedia memberi saguhati sekiranya pasukan itu berjaya mengatasi Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super 2024/25 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.
Penolong Pengurus Pasukan KDN FC Dato’ Mohd Rowi Dollah berkata, pihak pengurusan pasukan sentiasa menjaga kebajikan pemain serta prihatin terhadap setiap komitmen yang ditunjukkan pemain.
Kata beliau pihaknya akan berusaha memastikan insentif seperti itu diberikan jika berjaya mendapatkan mengutip mata penuh pada setiap perlawanan Liga Super.
“Insentif yang dijanjikan sebagai suntikan semangat kepada pemain untuk berjuang sebaik mungkin bagi merebut kemenangan.
“Saya yakin ia akan menjadi faktor pendorong pemain Kelantan Darul Naim FC beraksi dengan cemerlang pada perlawanan mala mini,” katanya kepada media, petang semalam. – HARAKAHDAILY 12/7/2024











