‘Kerajaan nak denda penyeludup akhirnya rakyat terkesan’

Dato' Rosol Wahid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan penyasaran subsidi diesel hanya melibatkan pengguna di Semenanjung sahaja dan tidak membabitkan di Sabah dan Sarawak.

- Advertisement -

Dato’ Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata, alasan yang diberi oleh kerajaan berhubung penyasaran subsidi ini disebabkan oleh kegiatan penyeludupan bahan api.

“Apakah penyeludupan itu hanya berlaku di Semenanjung sahaja, tidak berlaku di Sabah dan Sarawak?

“Oleh kerana adanya penyeludupan tersebut, kerajaan nak mendenda penyeludup akhirnya rakyat yang lain turut terkesan, sedangkan rakyat di luar sana yang menggunakan diesel turut terkesan dengan penyasaran sebegini.

“Jadi apa pandangan menteri?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kerajaan akan melihat dari segi faktor penting iaitu kesan kepada rakyat berhubung isu itu.

Armizan berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk memaklumkan kepada kementerian sekiranya terlihat ada sebarang kenaikan barangan tertentu.

“Kita akan melaksanakan siasatan di bawah akta sama ada kenaikan harga tersebut adalah munasabah, sejajar ataupun bertentangan dengan perundangan yang berkaitan dengan pencatutan tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2024

- Advertisement -