
NIBONG TEBAL: Abidin Ismail atau Abang Abidin jelas satu sosok yang begitu mendapat perhatian dan masyarakat dalam kalangan penduduk warga setempat tanpa mengira bangsa dan agama.
Ke mana sahaja Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) PRK N.20 DUN Sungai Bakap ini pergi, pasti mereka yang melihatnya dari kejauhan pun sudah mengukir senyuman lalu beliau disambut mesra.
Lawatan beliau bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, malah bagaikan ditunggu-tunggu antaranya ketika Walkabout di Pasar Malam Puteri Gunong, di sini petang semalam.
Kebanyakan mereka baik peniaga mahupun pengunjung, bukan sahaja dilihat segera menghulurkan tangan untuk bersalaman, ada juga melambai tangan dari kejauhan, selain berbual mesra dan mengambil kesempatan merakamkan kenangan bersama Abang Abidin.
Antara perkara menarik minat para pengundi terhadap calon PN adalah kerana beliau dikenali ramai oleh masyarakat setempat, selain juga dianggap legasi ADUN Sungai Bakap, Almarhum Nor Zamri Latiff.


Selain isu-isu berkaitan ekonomi, harga barang harian dan peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga diesel dan masalah bekalan air serta pengurusan kerajaan tempatan juga terus menjadi rungutan para peniaga.
Abang Abidin hadir minum pagi bersama penduduk di beberapa tempat sekitar Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Durian selepas solat subuh berjemaah di Masjid Tasek Cempedak di UDM Tasek Junjong, pagi semalam.


Manakala di sebelah malamnya, selain kempen ceramah kelompok di lokasi pilihan, beliau juga dibawa bertemu petugas di beberapa UDM berhampiran. – HARAKAHDAIY 27/6/2024











