Terengganu fokus tenaga diperbaharui untuk majukan ekonomi

Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaacob
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Sumber tenaga alternatif penting untuk mencapai visi Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera menjelang 2030, kata Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic and Integrated Studies (TSIS), Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaacob.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Terengganu sedang mengorak langkah baharu dengan memfokuskan kepada tenaga boleh diperbaharui untuk memajukan ekonomi negeri, lapor portal TRDI.my.

Menurutnya, pengembangan tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja memberi nafas baharu kepada ekonomi negeri tetapi untuk memastikan kelestarian alam sekitar terjaga.

Tambahnya, inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030) yang menekankan pembangunan yang berterusan dan lestari.

Katanya lagi, usaha itu termasuk bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber hasil tradisional dengan menggunakan tenaga solar dan angin.

Beliau berkata, langkah itu dijangka dapat meningkatkan hasil bukan cukai negeri sehingga 10 peratus setiap tahun.

โ€œTenaga boleh diperbaharui akan menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi negeri, menyediakan peluang pekerjaan baharu, dan menarik pelaburan luar,โ€ ujarnya ketika berucap pada Program Resilient Terengganu Dialogue 2024 (RTD2024) di Dewan Intan, Hotel Permai di sini semalam.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga telah mengkaji potensi nadir bumi sebagai sumber ekonomi baharu yang boleh meningkatkan daya saing di peringkat global.

Ini, ujarnya termasuk memperkukuh infrastruktur dan melaksanakan program latihan untuk memastikan tenaga kerja tempatan bersedia untuk industri baharu itu.

โ€œDengan fokus pada tenaga boleh diperbaharui dan nadir bumi, Terengganu optimis untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif, memberikan manfaat kepada seluruh rakyat negeri,โ€ ujarnya.

Sementara itu, semasa menyampaikan Taklimat Penetapan Konteks RTD2024, beliau menekankan enam perkara yang perlu menjadi fokus kerajaan negeri iaitu modal sosial (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ญ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ), ekonomi yang berdaya saing (๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜บ), keusahawanan dan perniagaan (๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฑ & ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด), pengeluaran komoditi makanan utama (๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฅ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด), ketibaan dan perbelanjaan pelancongan (๐˜ต๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ต ๐˜ข๐˜ณ๐˜ณ๐˜ช๐˜ท๐˜ข๐˜ญ & ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ) dan sumber hasil baharu (๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ธ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ด). โ€“ HARAKAHDAILY 12/6/2024

- Advertisement -