Sekat rundingan terus di era madani sekadar sandiwara

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KOTA BHARU: Impian Kerajaan Madani untuk menyekat amalan rundingan terus melalui perolehan kerajaan hanya sekadar sandiwara.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan itu tetap dilaksana kerana syarikat terbabit dikatakan mempunyai hubungan baik dengan jemaah menteri.

“Dia punya sembang, gajah pun boleh terbang! tiada lagi ‘direct nego’ kecuali untuk syarikat yang ada hubungan menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan syarikat yang ada kaitan dengan suami Menteri Belia dan Sukan, memperolehi kontrak runding terus kerajaan Selangor.

Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dilapor mendapat projek bagi projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor.

Transparency International Malaysia (TI-M) pada kenyataan menyifatkan apa yang berlaku itu bertentangan dengan apa yang dijanjikan Kerajaan Madani sebelum ini.

Sebaliknya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilapor mengakui tidak terdapat sebarang kesalahan berhubung kontrak kerajaan Selangor itu.

Kerajaan Madani sebelum ini mengumum rundingan terus akan dihapus sepenuhnya kerana menyifatkan ia sebagai bentuk rompakan dan penyalahgunaan kuasa. – HARAKAHDAILY 28/5/2024

- Advertisement -