Pemuda sebagai pembekal petugas kemenangan

- Advertisement -

SANDAKAN: “Pemuda PAS perlu sentiasa ingat bahawa kemenangan bukan hanya sekadar memerlukan kepada kukuhnya sumber kewangan namun memerlukan tenaga kerja yang sangat banyak,” kata Ketua Pemuda PAS Sandakan, Azman Lapumdagar.

- Advertisement -

Menurutnya, untuk menjadi pembekal kepada kemenangan, pemuda PAS perlu memperkukuh gerak kerja sebagai paksi utama.

“Untuk menjadi faktor utama dalam melahirkan petugas kemenangan, pemuda jangan hanya sekadar bekerja di bawah exco atau jabatan masing-masing,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan Kali Ke-22 di Pejabat PAS kawasan dekat sini hari ini.

Azman juga turut menegaskan bahawa pemuda perlu menjadi pembekal utama kepada sumber manusia dan petugas yang akan membantu gerak kerja parti.

“Maka setiap jabatan di bawah Dewan Pemuda perlulah bersedia menggerakkan dewan ini dengan mengharapkan akan membawa kemenangan kepada kita,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 19/5/2024

- Advertisement -