Hari raya: Pemuda PAS Pahang agih sumbangan RM103,610

- Advertisement -

KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengagihkan RM103,610 sumbangan duit dan kuih raya pada tahun ini kepada guru-guru dan kakitangan institusi di bawah kelolaan sektor pendidikan dewan itu.

- Advertisement -

Menurut ketuanya, Ustaz Zarimi Shubrawi, sumbangan pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas berjumlah RM86,470.

Ujarnya, ia merupakan satu bentuk penghargaan buat guru-guru yang banyak berkorban dan bertungkus-lumus mencurah ilmu dan bakti demi kelangsungan pendidikan berteraskan Islam dalam kalangan pelajar.

“Walaupun sumbangan ini tidaklah seberapa namun dah masuk tahun kedua kami usahakan sumbangan hari raya buat semua guru dan kakitangan institusi pendidikan di bawah kelolaan DPPNP,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada pihaknya dengan menghantar anak-anak ke situ.

“Kami akan terus berusaha mencari dana bagi menguruskan institusi pendidikan sedia ada serta menambah baik kualitinya dari masa ke masa,” ujarnya

Beliau menyerahkan replika cek untuk sumbangan itu kepada Ketua Sektor Pendidikan DPPNP, Khairul Nizam Mustofai bertempat di Dewan Pra Tahfiz Sriti Indera Sempurna, Kuantan, usai mesyuarat dewan itu, semalam.

Dana hari raya itu diperuntukkan untuk semua kakitangan di bawah DPPNP seramai 1,285 orang merangkumi 230 buah PASTI, 14 buah SRITI dan masing-masing sebuah bagi SMITI dan MTIS. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -