Geran kepada negeri harus dinilai lebih munasabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Geran Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri perlu dikaji semula jumlah peruntukan jumlahnya agar lebih munasabah, demikian kemuka Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PN-Marang).

- Advertisement -

Perkara itu diminta jawapan daripada Menteri Kewangan agar kerajaan menyatakan jumlah peruntukan geran Kerajaan Persekutuan yang telah diberikan kepada setiap Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 hingga 2023.

Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada soalan itu berkata, kaedah agihan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah ditetapkan berasaskan kepada formula pengiraan telah dinyatakan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

Juga menurut Undang-undang atau Akta, serta keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri di mana sentiasa diteliti semua pemberian diberikan kepada Kerajaan Negeri secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu pemberian sahaja. 

“Bagi jumlah pemberian Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri pula, Menteri Kewangan berkata, bermula dari tahun 2020 sehingga tahun 2023 adalah RM7.70 bilion bagi tahun 2020, RM7.64 bilion (2021), RM8.12 bilion (2022) dan RM8.81 bilion (2023),” jelas jawapan itu. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

- Advertisement -