Syarahan ‘Palestin Menyatukan Dunia Islam’ esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ‘Palestin Menyatukan Dunia Islam’ menjadi tajuk kepada Program Syarahan Perdana Serambi Dunia Islam pada esok, bermula jam 8 malam di Malakat Mall, Cyberjaya.

- Advertisement -

Yayasan Permata Ummah (YPU) sebagai penganjur berkata, program iTU dilaksanakan sempena Sambutan Minggu Al-Quds Sedunia, yang mana pengerusinya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai panel.

“Minggu Al-Quds Sedunia yang digerakkan serentak di seluruh dunia adalah suatu inisiatif besar yang berimpak tinggi cetusan gabungan persatuan-persatuan ulama Islam dari pelbagai negara.

“(Ini) bagi mengangkat solidariti ummah seantero dunia, termasuk di Malaysia untuk bangkit bersama dengan kesedaran, kefahaman serta tindakan ke arah pembebasan Al-Quds dan Palestin yang terus dijajah dan dijarah oleh rejim Israel,” menurut hebahan tersebut.

Menurutnya, pertempuran terkini antara Palestin dan Israel yang bermula 7 Oktober lalu yang kini sudah masuk hari ke-123 telah mencatat angka kematian penduduk Palestin lebih 27,000 orang dan lebih 66,000 lagi cedera.

“Kini adalah masa untuk kita sebagai umat Islam bersama-sama menunjukkan solidariti dalam mengangkat isu pembebasan Al-Quds dan Palestin. Jom bersama kami dalam syarahan perdana ini,” serunya. – HARAKAHDAILY 6/2/2024

- Advertisement -