Resolusi Kerdau 2024 mahu realisasi PAS Teraju Pahang

- Advertisement -

KUALA KRAU: Konvensyen PAS Pahang bersetuju menetapkan lima perkara asas untuk merealisasikan matlamat ‘PAS Teraju Pahang’ melalui Resolusi Kerdau 2024.

- Advertisement -

Konvensyen itu diadakan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, semalam.

Kandungan Resolusi Kerdau 2024 seperti berikut:

Mengambil semangat Konvensyen PAS Pahang bertarikh 27 Januari 2024 bersamaan 16 Rejab 1445H di Kompleks Al-Makmur Kerdau dengan penuh iltizam dan bersungguh-sungguh melaksanakan perkara-perkara berikut:

i) Menampilkan satu model kepimpinan sejahtera yang dapat diterima dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat yang pelbagai agama, kaum dan budaya dengan mengamalkan politik matang dan sejahtera kearah demokrasi yang telus dan memperakui kebijaksanaan rakyat.

ii) Merangka dasar-dasar pembangunan ekonomi yang sejahtera, adil dan mampan, memanfaatkan semua sumber kekayaan ekonomi negeri dengan amalan pembangunan lestari ke arah memenuhi keperluan negeri dan rakyat.  

iii) Membentuk dan menampilkan kepimpinan yang berintegriti, adil, prihatin dan berkebajikan disemua peringkat bagi memupuk keharmonian masyarakat yang pelbagai latar belakang di negeri Pahang.

iv) Melaksanakan segala strategi, arahan dan keputusan parti bagi merealisasikan matlamat PAS TERAJU PAHANG oleh setiap jentera disemua peringkat. 

v) Setiap ahli perlu bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat serta menjadi model dan contoh ikutan bagi masyarakat majmuk. 

Maka PAS Pahang dengan penuh komitmen akan membawa negeri ini ke arah kesejahteraan dengan hala tuju yang jelas. – HARAKAHDAILY 28/1/2024

- Advertisement -