Golongan kapitalis ganggu ekonomi bumiputera

Syed Hassan Syed Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Masih terdapat kelemahan yang perlu dibetulkan sekiranya kerajaan pada masa ini benar-benar prihatin terhadap ekonomi bumiputera,” kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Syed Hassan Syed Ali.

- Advertisement -

Menurutnya, golongan kapitalisme yang ada pada hari ini telah banyak mengganggu kepentingan ekonomi bumiputera.

Beliau menyatakan, seharusnya Kerajaan Madani membetulkan segala tindakan dan perlaksanaan agar  asar-dasar yang bagus dapat dicapai sepenuhnya yang dimulakan zaman pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu dalam membela nasib Bumiputera

“Kita boleh lihat rakyat tempatan pada hari ini semakin teruk ditindas oleh orang-orang kapitalisme yang mana tatakelola kerajaan masih lagi mempunyai kelemahan yang perlu dibetulkan,” katanya dalam Wacana Intelek Pembangunan Ekonomi Bumiputera di bawah Kerajaan Madani di Anjung Melayu, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan yang mentadbir negara sekarang sebelum ini telah berjanji untuk membela ekonomi tempatan rakyat negara dengan baik.

Kata beliau, manifesto sebegitu telah menarik minat ramai rakyat tempatan untuk mengundi parti kerajaan sekarang untuk mentadbir negara.

“Namun begitu ,apa yang terjadi apabila kerajaan telah mula mentabdir pada masa ini tetapi keadaan ekonomi rakyat tempat masih lagi diganggu,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap kerajaan supaya membetulkan semula keadaan ekonomi rakyat tempatan seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.

Tambahnya, ekonomi rakyat tempatan perlu dilindungi walau apapun keadaan kerana mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini.

“Lagipun dengan pembangunan ekonomi rakyat tempatan ini, maka dapat menyelesaikan masalah jurang antara kaum dalam pembangunan ekonomi negara ini,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 28/1/2024

- Advertisement -