Kelantan hargai kejayaan atlet di arena antarabangsa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menghargai kejayaan dua atlet sepak takraw kelahiran tempatan Aidil Aiman dan Afiffudin Razali membawa pulang pingat perak pada Sukan Asia Hangzhou, China 2023.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad merai dan menyampaikan insentif sebagai menghargai pencapaian mereka sehingga mengharumkan nama negeri dan negara.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah ‘berdiam diri’ bagi menghargai anak tempatan yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Mereka merupakan atlet anak Kelantan yang berbakat besar dan bintang yang menyerlah di arena sukan antarabangsa.

“Saya menyampaikan sedikit insentif sebagai tanda menghargai pencapaian mereka kerana berjaya mengharumkan nama negeri dan negara.

“Aidil Aiman dan Afiffudin tidak berada dalam negeri, jadi saya sampaikan kepada ayah mereka,” katanya selepas majlis ringkas penyampaian insentif kepada wakil atlet terbabit di Kota Darulnaim semalam.

Zamakhshari turut mengucapkan tahniah kepada atlet skuasy Mohamad Syafik yang membawa pulang pingat perak dan gangsa dalam kejohanan yang sama. – HARAKAHDAILY 9/1/2024

- Advertisement -