
Umno telah melakukan kesilapan besar apabila berani menggali lubang lebih dalam untuk menimbus parti mereka dengan mencabar kemenangan PAS.
Bermula di Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Bahkan sebenarnya mereka sudah berada di pinggir lembah sejak kekalahan terburuk parti itu pada PRU14.
5 tahun lamanya Umno tidak mahu menyedari hakikat ini dan terus tenggelam dalam penafian.
Ini bayarannya apabila Umno telah mengkhianati perjuangan parti, perjuangan orang Melayu dan perjuangan Islam.
Lebih malang lagi apabila Umno telah tunduk kepada satu susuk tubuh yang tergamak mengkhianati ahli sendiri dengan menggadaikan prinsip yang dipegang utuh selama ini untuk tidak akan pernah bersama DAP dan PH.
Laungan keramat ‘No Anwar, No DAP’ yang dilaungkan Presiden Umno dalam himpunan agung mereka akhirnya menjadi pengkhianatan terbesar hanya kerana ingin menutup bibit-bibit hubungan gelap yang sedang dibina.
Umno tidak serik dan tidak insaf. Umno sombong dan angkuh.
Umno sedang dipergunakan oleh rakan sekutu yang dalam diam cuba merampas kuasa politik Melayu Islam di negara ini.
Jika Umno masih leka, rakyat akan terus menolak Umno besar-besaran. Umno akan terkubur dan yang tinggal hanya batu nisan ‘Dalam Kenangan’ buat Umno di Malaysia.
Umno akan menjadi sebuah sejarah yang pahit untuk dikenang dan sejarah ini tidak mungkin berulang lagi.
Jangan dicabar lagi rakyat Malaysia yang sedang kecewa dan marah dengan kerajaan Madani hari ini.
Buat ahli Umno yang masih ingin bersama perjuangan yang murni ini, marilah berhijrah ke dalam Perikatan Nasional. Rumah ini berbesar hati menerima kedatangan anda.
Kecil tapak tangan, nyiru PN tadahkan.
ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan & Media Baharu PAS Pusat
2 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 2/12/2023











