PRK Kemaman: Dr Samsuri pertahan kemenangan PAS

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KEMAMAN: Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya mempertahankan kemenangan PAS yang mewakili PERIKATAN NASIONAL pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang diadakan hari ini.

- Advertisement -

Keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului dengan majoriti 34,489 undi apabila memperolehi 59,571 undi sementara calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 25,082 undi.

Keputusan tidak rasmi ini diperoleh menerusi siaran langsung laman Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 9.47 malam ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, calon PAS, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi apabila memperolehi 65,714 undi, menewaskan Dato’ Seri Ahmad Said (BN-Umno) yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin (PH-PKR – 8,340) dan Rosli Ab Ghani (Pejuang – 506). – HARAKAHDAILY 2/12/2023

- Advertisement -