
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan jaminan kerajaan mengenai pemerkasaan mahkamah syariah dan usaha-usaha untuk menghalang kuasa mahkamah syariah daripada dicabar.
Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.
Pertanyaan ahli-ahli Dewan Negara daripada PAS, Bersatu dan Gerakan hari ini sebagaimana di bawah.
Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan status pelaksanaan Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia bagi meningkatkan kebolehpasaran belia agar dapat keluar daripada belenggu pengangguran.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perkembangan terkini perubatan geriatrik di hospital awam termasuk penawaran peringkat sarjana dan sub kepakaran.
Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan inisiatif sistem pemantauan bagi mengatasi ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah peratusan Lebuhraya Pan Borneo yang sudah lengkap serta bahagian lebuhraya yang manakah yang masih belum lengkap di negeri Sabah.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Perdana Menteri menyatakan jaminan Kerajaan mengenai pemerkasaan mahkamah syariah dan usaha-usaha untuk menghalang kuasa mahkamah syariah daripada dicabar.
Datuk Razali bin Idris minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan impak perubahan iklim yang mampu menggugat pasaran tempatan, meningkatkan risiko ke tidak jaminan makanan, mengehadkan pertumbuhan ekonomi, menjejaskan pelaburan dalam sektor pertanian, meningkatkan pengangguran dan kehilangan punca pendapatan pekerja di Malaysia.
Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan adakah terdapat projek-projek bekalan air bersih yang dijalankan di perkampungan Orang Asli dan apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan projek bekalan air di perkampungan Orang Asli di Gua Musang berfungsi dengan baik.
Tuan Aknan A/L Ehtook minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil untuk mencegah kemungkinan berlakunya pecah amanah, rasuah dan penyelewengan di rumah-rumah ibadat setiap agama. Adakah SPRM bercadang untuk menyediakan garis panduan sebagai rujukan setiap badan pengurus rumah-rumah ibadat ini.
Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pelan tindakan serta garis panduan terkini berhubung dengan penggunaan kalimah Allah selepas kes rayuan ini ditarik balik di mahkamah beberapa bulan yang lalu.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Ekonomi menyatakan hasrat Kerajaan bagi meneruskan projek Kedah Aerotropolis yang diletakkan di bawah NCER, Kementerian Ekonomi.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Kesihatan menyatakan hasrat Kerajaan bagi menyemak semula cas di premis kesihatan yang masih kekal RM1 yang menyebabkan Kementerian terpaksa berbelanja lebih dan cabaran Kementerian untuk menaikkan caj ini.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk memperkenalkan semula biasiswa MyBrain ataupun mewujudkan program biasiswa baharu setara bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Pendidikan menyatakan status pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang berdaftar di bawah Kementerian khusus nya terhadap pendidikan tahfiz di Negeri Kedah.
Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan pihak Kerajaan untuk menyelaraskan bidang kuasa antara Kementerian dan agensi Kerajaan yang terkait dalam isu kos sara hidup rakyat seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar tiada masalah in silo sesama organisasi Kerajaan.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan statistik pelanggaran syarat lesen pemberi pinjam wang dan apakah langkah yang menjamin hak peminjam supaya tidak dizalimi.
Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam memastikan peningkatan sesi pembelajaran formal di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tuan Aknan A/L Ehtook minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah jangka panjang untuk memastikan bekalan makanan keperluan rakyat mencukupi, mengambil kira pelbagai faktor di masa hadapan yang bakal mempengaruhi perancangan/sasaran Kementerian. – HARAKAHDAILY 30/11/2023











