Status siasatan rasuah RM97 juta pengambilan pekerja asing      

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membangkitkan isu skandal rasuah RM97 juta berkaitan pengambilan pekerja asing di Kementerian Sumber Manusia.

- Advertisement -

Justeru, beliau meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan kes dan pendakwaan terhadap skandal rasuah itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL.

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) situasi terkini bencana banjir yang sedang melanda negara; dan

(b) apakah langkah segera Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Ekonomi menyatakan pendekatan yang akan digunakan Kerajaan bagi memastikan sasaran kadar bahagian pampasan pekerja (CE) daripada KDNK sebanyak 40% pada tahun 2025 akan dapat dicapai.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan tertentu ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Digital bagi mempercepatkan adaptasi pendigitalan dalam ekosistem Pendidikan negara.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Ekonomi menyatakan pendirian Kerajaan untuk menggalakkan kerjasama pintar dan sinergi rentas-negeri, contohnya kerjasama antara empat (4) buah negeri jelapang makanan iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, dalam aspek perkongsian modal, sumber mineral dan sumber manusia.

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh manakah pencapaian (progress) projek penanaman ‘grain corn’ untuk kegunaan industri penternakan negara terutama ayam daging dan ayam telur bagi mengurangkan beban kos mengimport jagung yang mahal dan mempengaruhi industri ini.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan justifikasi pihak Kementerian masih membenarkan pengimportan sayur-sayuran yang telah pun melebihi SSR 100% dan telah menyebabkan lambakan sayur-sayuran tempatan di pasaran sejak awal 2023 hingga sekarang.

Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan apakah hasil daripada program pengukuran penerapan Maqasid Syariah dalam kalangan agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Kajian Pelaksanaan I~MaqSD yang telah dilaksanakan pada tahun 2021.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh mana Program Tranformasi Sekolah 2025 membantu daripada segi memenuhi keperluan sekolah untuk subjek tertentu dan menyelesaikan masalah ‘duka lara’ guru-guru.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan Sistem Amaran Banjir Kepala Air (SABKA) di lokasi berisiko tinggi di seluruh Malaysia khususnya di Hulu Selangor.

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini pembinaan 3 buah kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Ekonomi menyatakan perancangan terkini dalam usaha menarik para pelabur dalam projek Kedah Rubber City (KRC).

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah jangka panjang untuk memastikan keluasan tanah sawah tidak berkurangan bahkan dapat dipertingkatkan bagi memastikan tahap sara diri (SSL) beras negara dalam keadaan terjamin sehingga 100% pada masa hadapan.

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan dengan melihat kepada keperluan asas rakyat Malaysia di mana Gerik mempunyai kawasan tanah yang luas. Gerik menawarkan pembangunan tanah bagi tujuan penanaman keperluan asas makanan negara seperti beras, ubi kayu, jagung dan lain- lain demi menyahut keperluan sumber makanan yang semakin meruncing di negara kita.

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah terkini pelancong yang tidak keluar daripada Malaysia mengikut negara dan apakah usaha pihak Kementerian untuk mengesan serta memastikan mereka pulang ke negara asal mereka.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan tindakan segera Kementerian untuk menangani masalah kekurangan stok bekalan beras putih tempatan (BPT) yang sedang dihadapi di seluruh negara.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Perdana Menteri menyatakan persediaan Kementerian memenuhi keperluan tenaga mahir untuk industri halal selari dengan hala tuju menerajui ekonomi Islam dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan tertentu untuk mengawal kenaikan harga barangan khususnya beras keluaran tempatan di pasaran tempatan.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan status siasatan kes dan pendakwaan terhadap skandal rasuah RM97 juta berkaitan pengambilan pekerja asing di Kementerian Sumber Manusia.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan berkaitan reformasi institusi yang menjadi tawaran Pakatan Harapan sebelum ini dalam menjamin keadlian dan ketelusan demi mengelakkan penyalahgunaan kuasa termasuk SPRM diletakkan di bawah Parlimen.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan sekiranya larangan eksport nadir bumi (REE) diperkenalkan oleh kerajaan, apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk memanfaatkan sumber REE di negara kita dan bagaimana kerajaan dapat memastikan keuntungan diagih secara adil di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hasil daripada jualan atau pemprosesan REE ini.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Pendidikan menyatakan berkenaan perkembangan pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pindaan) 2022 berkaitan dengan isu masalah keciciran pelajar.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) berapakah jumlah subsidi minyak diesel kepada para nelayan dalam tahun 2020 hingga 2022; dan

(b) berapakah jumlah perbelanjaan untuk subsidi tersebut dan berapa banyak pula anggaran ketirisan berlaku dan bagaimana usaha Kerajaan dalam mengawal dan mengatasi masalah ini.

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Pertanian Dan    Keterjaminan Makanan menyatakan data pelan serta tindakan Kerajaan bagi menangani kos harga beras yang meningkat sejak akhir ini, sejauh manakah pelaksanaan pihak Kerajaan bagi mengimbangi harga beras tempatan dan import dalam isu tersebut.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana penguasaan kartel dalam industri padi dan beras negara yang dikatakan menjadi punca hasil padi dan pendapatan pesawah tidak meningkat seiring dengan peningkatan teknologi.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan kesediaan Kementerian untuk menambah kilang padi di daerah Besut bagi meningkatkan pengeluaran beras memandangkan wujud permintaan yang tinggi terhadap beras tempatan dalam pasaran. – HARAKAHDAILY 30/11/2023

- Advertisement -